Saturday, 10 May 2014

PANDUAN SIMPAN EBM

Assalamualaikum & Hi to our loving customer..

MM4U ada menjual pelbagai storage bottles & storage bags untuk kegunaan mommies semua. Boleh tengok dekat tab bottles ye.. Ni adalah cara paling selamat untuk simpan EBM kita. Tapi...kene ingat ye mommies, ada guide yang kene follow utk pastikan susu yang kita simpan tu masih elok.. Tak boleh sesuka hati je freeze and defroze..hehe..

Ni contoh sy simpan susu EBM sy masa dalam tempoh berpantang. time tu duduk rumah abah, so tumpang je la freezer tu. Muat2 kan lah asalkan tak mengganggu kakak nak letak daging ayam sume.. hehe


Kat bawah ni ada beberapa panduan drpd MM4U utk mommies. Ni cara yg sy gunakan untuk simpan susu imran drpd masa pantang dulu. Alhamdulillah susu masih elok dan selamat utk diminum.


Saturday, 19 April 2014

MY FIRST EXPERIENCE BERSALIN..



Assalamualaikum readers.. :)

Okie mommies..sy nk story pengalaman bersalin imran hari tu..everyone has their own experience right? hehe..for me, alhamdulillah..syukur sebab dipermudahkan saat bersalin tu walaupun contraction sangat tak boleh nak thn langsung ketap gigi gigit bibir memanjang haihhh... haha!

Due date sy 19 April. Time tu 15 Apr 2014, hari rabu, sy kene pegi appointment doc sbb kepala baby belum engaged lagi walaupun dah kat bawah. So doc risau sy akan kene c-zer cz kedudukan kepala baby yang belum engaged. Masa doc check, dia kate sy dah bukak 1 cm waktu tu. Air ketuban pulak dh ngam2 je..hoho cuakkk...time tu kat hospital banting, sy ni kalau boleh tak nak deliver kt hosp banting sbb nti husband tak leh masuk labour room. Ehehe.. then doc kate ptg tu kne masuk wad then esok induce. Dengar je word induce, sy mcm..what??!! errrr...terbayang2 pengalaman org yg cerita induce tu sakit! sooo....I dun want! hahaha. kes byk membaca experience bersalin org lain sgt tak bagus! kekekeke

So after bincang dgn husband, dia setuju untuk hantar sy ke Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang. Sebelum pegi tu, sempat lagi minum air kelapa fresh dgn ikhtiar supaya mudah bersalin..Siap2 dah bawak kurma, air zamzam dgn air rendaman akar fatimah. Lepas salam2 family minta maaf semua, sy terus ke hospital. Time tu tak sakit lagi pun..ade sakit sikit2 je..tapi masih boleh relax senyum2 lagi...hikss :p

Sampai hosp, Doktor Khairiah kata dh bukak 3 cm & dia dpt rasa kepala baby walaupun baby belum engaged sepenuhnya. So dia yakin insyaAllah sy boleh bersalin normal kat situ. Nurse pakaikan CTG kt perut utk dgr heartbeat baby. Suami pulak sentiasa zikir doa nabi yunus kat sebelah sy. Sempat jugak kami baca surah maryam supaya Allah bantu mudahkan proses bersalin. Lepas solat isyak tu, air ketuban terus pecah sendiri. Haa...time tu la bermula nya detik berguling akibat sakit menahan contraction. Sampai nak cakap pun tak boleh. Dalam hati ni cuma boleh follow zikir yg husband baca..nk baca sendri mmg tak boleh dah..pejam mata je menahan sakit. boleh geleng dgn angguk je. hehe..time tu mmg husband yg byk communicate dgn nurse sbb wife nye ni tak boleh nk ckp lgsg dh. hehe

Contraction daripada pukul 9.30 mlm smpi kul 12.30 pagi. Sy mmg pejam mata je menahan sakit. Yg pnting jgn menjerit2, wpn sakit, mmg tahan je..smbil hati sentiasa berzikir..husband siap usap kepala sy lg smbil dia baca zikir kt telinga sy. Yg sy sedar bila nurse kata dah boleh masuk labour room. Haaa time tu..mmg sy dh tak sabar nk meneran! haha.. time tu dah bukak 8cm, tp nurse suruh tunggu sampai doktor Khairiah dtg. Sy mmg dah tak tahan sgt, rasa nak marah je sume org bgtau yg sy nk meneran jugak! hehe..bila sy dh npk doc Khairiah dtg, dia kata dh boleh meneran, dgn sekuat tenaga, ppuuushhhhhhhh! and...zasssss! tepat jam 1.49 am, 16 April 2014, keluar la anak kami dgn berat 3.15kg..Alhamdulillah...syukur yg tak terhingga sbb sekali teran je baby dh keluar. sayu rasanya waktu tu masa dgr baby nangis..tp mcm tak percaya sbb sekejap sgt..husband siap tye doc lagi, "eh, dh ke? cepatnye?" haha sabar je la..

Sedikit perkongsian buat bakal ibu, amalkan baca surah maryam sepanjang pregnant, lagi2 masa nk hujung2 bersalin..sesekali baca maksud surah tu..mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita utk bersalin..tp jgnla plak smpi tak baca surah lain ye..hehe..

Selain tu, sy minum virgin coconut oil atau minyak kelapa dara setiap malam sebelum tidur. minum 1 sudu sehari. Baca selawat dan doa moga mudah bersalin nti..

Sy juga amalkan minum air zamzam start masuk 36 weeks. Dgn ikhtiar supaya kurg sakit bersalin..Mak angkat sy yg balik dr Makkah ada belikan sy akar fatimah. Katanya, minum air rendaman akar fatimah ni insyaAllah cpt la bukak jalan utk bersalin nti..ha, sempat la jugak sy minum masa kt hosp tu..hehe..
Sy jugak minum air yg husband dh bacakan doa + surah tertentu. Ha..byk tak jenis air yg saya minum? hahaha

Alhamdulillah..mmg terasa Allah sgt memudahkan proses bersalin. Jahit pun sikit je sbb luka terkoyak sendiri. Tak kene gunting pun dgn doktor. Betulla org kata, bergantung sepenuhnya dgn Allah, Dia pasti akan memudahkan sesuatu yg sukar..InsyaAllah..

Wednesday, 16 April 2014

My First Time Blogging~

Bismillahirrahmanirrahim..

At last, buat jugak blog ni. After keep thinking how to expand my business, and blog is one of the way. Besides, boleh share to readers my experience being a new mom. Hehehe. My lil caliph baru 3month..kecik lagi, tak semontel se bam bam bum budak lain. maybe sbb parents dia pun tak bam bam kot. eh? ade kaitan ke? ahakss :p

Okay, lets introduce myself. I'm Nurul Idayu Binti Kambali. Wife of Mohd Amin, and mama of very cute son. Married 1 year ago, and already had our 1st anniversary on 1st February 2014. Hubby really understand me, walaupun sy ni manje je lebih. siap pakej childish lagi. haha. 

My lil caliph born on 16 Jan 2014. Baby boy. We name it; Muhammad Imran, which means "yang memakmurkan". Be a good son ye sayang. Nanti mama dgn papa hanta Imran join program Qari Junior. Hehe

Ok finished about myself. Will start to story more about my life..my journey as a breastfeeding mom, and my business too.. :)

Happy reading all.